Friday, 23 March 2018

INSPIRASI C2JOY


MASTER DEALER KULIM


MASTER DEALER AMPANG


TESTIMONI LUMPUH



CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA



*DUTA CEMERLANG*

5 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Salam Sejahtera , Saya mendoakan usahawan TDC berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Mulakan pagi kita dengan secawan susu kolostrum c2joy dan teruskan menyebar kebaikan susu C2joy kepada sesiapa sahaja. Ingin saya kongsikan 5 ciri-ciri usahawan berjaya

1. MATLAMAT
Ini adalah ciri utama usahawan berjaya. Bukalah mana mana buku motivasi , inspirasi dan kejayaan pasti akan meletakkan pembinaan matlamat sebagai satu tindakan yang mesti dibuat oleh setiap orang yang ingin mencapai kejayaan.

Kita ada matlamat
  • jangka pendek,
  • Jangka sederhana dan
  • Jangka panjang.

Apabila kita menyertai TDC
apakah matlamat kita?

Apabila kita bicara tentang keusahawanan pasti ia :

  • ADALAH TENANG
  • memberi perkhidmatan terbaik ,
  • mencipta sasaran jualan tertinggi ,
  • tmencapai keuntungan banyak,
  • tentang meluaskan rangkaian perniagaan dan
  • tentang berapa banyak pendapatan peribadi

Sasaran Jangka Pendek Mudah untuk setiap usahawan TDC ialah berusaha mencapai pendapatan maksima RM300.00 sehari dengan mencipta:

10 point kiri & 10 point kanan setiap hari.

Selain itu anda boleh tuliskan matlamat jangka panjang atau impian anda. Ia mesti ditulis , di baca , dilihat, digambarkan, disebut ulang dan ditanam dalam tekad usaha kita dan diterjemah dalam tindakan agresif dan pantas kita.

2. KOMITMEN
Apabila kita telah ada matlamat, kita mesti mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapainya. Komitmen adalah suatu tindakan yang kita tiada alasan untuk menolaknya demi mencapai matlamat kita.

Kita mulakan dengan menukar ayat komitmen kita seperti

  • Kita selalu menggunakan ayat :
*Saya Akan Lakukan - TUKAR - Saya MESTI Lakukan*

Kita meletakkan satu keperluan yang kita TIADA KOMPROMI untuk menundanya, untuk mengelaknya apatah lagi untuk meninggalkannya.
Apakah kita berani memberikan KOMITMEN 100% kepada bisnes kita dan kepada rakan bisnes kita? Kita membina pemusatan kuasa Fokus yang tajam untuk kita mencapai matlamat kita.


3. BERANI
Menjalankan bisnes seperti ini , kita memerlukan KEBERANIAN yang tinggi untuk memulakan dan apatah lagi kita akan bakal berdepan dengan banyak penolakan.  Kita perlu BERANI menawarkan peluang ini kepada sesiapa sahaja dengan membina KEYAKINAN diri yang tinggi terhadap diri dan bisnes kita.

*Kita mesti berani*
mengedar flyer atau e-flyer kepada sesiapa sahaja
bercerita tentang produk dan peluang bisnes
merangka program bisnes dan penerangan produk

Kita mesti BERANI melakukan sesuatu yang mungkin kita belum pernah melakukan. KEBERANIAN akan lahir dengan wujudnya rasa PERCAYA dan YAKIN diri yang kuat.

Untuk mengatasi ketakutan ialah melakukan 10 kali perkara yang kita takut tersebut. Lama lama kita akan terbiasa, kita akan suka dan kita akan lebih berani dan berani lagi.

Beranilah Untuk :
Berkongsi informasi dengan sesiapa sahaja
Berani memberi komitmen dengan rakan bisnes anda
Berani keluar dari zon selesa anda
Berani membuat homeparty
Berani membuat Mini BOP
Berani membuat Closing
Berani mengambil tindakan besar besaran

Samaada tindakan kita berjaya atau tidak , itu tidak penting. Apa yang penting ialah anda telah mula mengambil TINDAKAN. Itulah KEJAYAAN hebat anda.


4. TIDAK BERPUTUS ASA
Ketika kita berjuang dan mengambil tindakan untuk mencapai impian dan matlamat kita, pasti kita akan menempuh pelbagai ujian dan cabaran. Tidak kurang juga mungkin kita akan diberikan laluan mudah dalam setiap urusan.
Apa yang penting kita jangan sesekali MENGALAH dan BERPUTUS ASA. Kita mesti berpegang teguh dengan matlamat dan impian kita. 

Setiap ujian yang kita lalui akan membuatkan kita menjadi lebih sabar, lebih tabah dan lebih kuat. Ia adalah satu proses membina kekuatan jiwa dan mental untuk menjadikan kita usahawan yang hebat dan cemerlang.

Kita berusaha selama 2 minggu tetapi tidak berhasil, jangan berputus asa. Kita perlu teruskan dengan mungkin terus mempelajari dari mereka yang telah berjaya , hadir ke program yang di anjurkan TDC, bertemu upline atau pemimpin pasukan anda. Apa yang penting jangan berputus asa.

Jika orang lain boleh melakukan , tiada sebab untuk kita tidak boleh melakukan. Setiap kekurangan kita perlu atasi dengan mengisinya melalui pembelajaran dan pengalaman.


5. KREATIF dan INOVATIF
Dunia keusahawan adalah dunia kreativiti kerana salah satu tugas usahawan adalah berfikir untuk MEMBANTU MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN.

Kita mesti sentiasa menjadi yang teristimewa dari orang lain untuk menarik perhatian orang lain kepada kita. Kita mesti merancang aktiviti dengan pasukan kita. Ada sesi brainstorming untuk menghasilkan bahan promosi , ayat promosi dan cara mempromosi yang lebih kreatif dan berkesan.

Kita juga perlu mengambil ruang untuk membaca, belajar dari orang yang telah berjaya dan sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran orang lain.

Sebab itu jika cara A yang kita lakukan kurang memberi kesan, kita perlu bertukar dan mencari idea dengan cara B. Ingat kembali matlamat anda tadi. Kita mesti pelbagaikan CARA untuk membina rangkaian.

Jangan ada sikap menunggu disuap , menunggu semuanya disediakan. Zaman sekarang terlalu banyak kemudahan didepan mata. Jika kita tidak pandai melakukan sesuatu kita boleh upah orang yang mahir. Banyak juga kursus , seminar dan bengkel pembelajaran untuk seni pemasaran baik online dan offline. Kita mesti menempatkan diri didalam majlis tersebut.

Ada banyak lagi ciri-ciri kejayaan , inshaALLAH akan dikongsikan dari semasa ke semasa ..

JOM KITA SAMA SAMA …

  • Meletakkan Matlamat
  • Teruskan jemputan prospek
  • Memberi penerangan kepada prospek
  • Ajak hadir program TDC
  • Membuat follow up


Apa yang ditulis diatas adalah untuk penghadaman dan peringatan keras buat diri saya. Saya sedar selama ini saya banyak leka dan kurang memberi komitmen. Mari kita sama sama UPGRADE Potensi Diri dan Tindakan Kita ke arah kejayaan cemerlang bersama TDC.

#hairichgroup
#jomc2joy
#fenomenac2joy
#dutacemerlang

Sunday, 18 March 2018

MODAL BISNES

-----------------------------------------------------
NOTA JOMC2JOY : MODAL BISNES
----------------------------------------------------

Salam sejahtera!

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang MODAL BISNES.
Apabila disebut modal bisnes pasti akan menjurus kepada modal
Wang Ringgit.
Sebenarnya ia masih tidak mencukupi untuk sebuah bisnes anda.
Biar banyak mana pun modal wang ringgit anda , ia tidak menjamin
Kejayaan bisnes anda. Lihatlah berapa ramai yang keluar modal
Ribu Ringgit tetapi mereka gagal dan terhenti dengan bisnes mereka.

Ada modal bisnes lain yang lebih penting lagi antaranaya :

1. MODAL KOMITMEN
2. MODAL SOSIAL
3. MODAL MASA
4. MODAL ILMU & KEMAHIRAN
5. WANG RINGGIT

Sedikit Penghuraian ;

1. Modal Komitmen

Modal komitmen adalah modal paling terbesar sekali. Ia akan menentukan
Sejauh mana kita ingin berjaya didalam perniagaan ini. Jika anda mengeluarkan Modal RM2150 sekali pun tanpa ada komitmen untuk melakukan bisnes ini dengan Bersungguh sungguh pasti bisnes ini tidak akan kemana.

Rakan Bisnes anda juga ingin melihat komitmen anda dalam perniagaan ini.
Kita  Perlu memberikan KOMITMEN 100% kepada bisnes kita.
Kita Perlu memberikan KOMITMEN 100% kepada impian / matlamat kita

2. Modal Sosial

Modal Sosial juga adalah salah satu modal utama selain RM terutama dalam bisnes seperti ini. Ia memerlukan kita menerima sesiapa sahaja dalam pasukan kita , saling menghormati sesama rakan bisnes kita namun modal sosial yang ingin saya sebutkan disini ialah MODAL DATABASE / KENALAN anda.

Orang yang memiliki Modal Sosial yang besar ia lebih mudah untuk mencipta kejayaan. Ia adalah tentang perhubungan kita dengan orang lain tanpa mengenal kira latarbelakang dan keturunan. Modal Sosial ini boleh juga diletakkan sebagai kekuatan PENGARUH seseorang kepada orang lain.
Bina DATABASE Prospek anda , zaman media sosial ini , kita semakin mudah untuk menjejak prospek. Buka sahaja Fb sudah ada , buka sahaja Instagram sudah ada , buka sahaja whatsapp sertai pula group whatsapp sudah ada …

Nak menaja : Tajalah orang yang mempunyai modal sosialnya yang besar.. Leader MLM pasti lingkungan kenalan dan kawan mereka juga adalah leader dan penggiat MLM.. Dia ada pengikut yang selalu mengikutnya.

3. Modal Masa

Modal Masa adalah modal yang turut perlu diberikan keutamaan. Ada orang nak cipta kejayaan dalam bisnes ini tetapi tidak sanggup memperuntukkan masa berkualiti 100% fokus kepada bisnes ini. Jika anda melakukan secara partime , perlu memberikan peruntukan masa sekurangnya 1-2 jam sehari untuk membuat promosi , berjumpa orang , membuat follow up , masa untuk belajar , hadir bop dan kelas ilmu , berbincang dengan upline dan sebagainya.

Setiap hari mesti memberikan masa untuk bisnes anda. Anda perlu ada "Single Daily Action" untuk bisnes anda.   Zaman sekarang dengan ada kemudahan teknologi , sambil baring atas katil pun boleh menaja orang jauh melalui whatsapp. Sambil menunggu seseorang pun boleh buat follow up dan promosi. Bijak mengambil dan memperuntukan masa untuk kerja PRODUKTIF bisnes anda.

4. Modal Ilmu & Kemahiran

Modal ilmu ini dan kemahiran sangat penting kerana ia akan memudahkan lagi anda untuk memulakan bisnes anda. Andai anda tiada modal ini untuk bisnes ini ia tidak menjadi masalah kerana anda boleh "top up" modal Imu dan Kemahiran anda dari semasa kemasa . Yang menjadi masalah ialah kita MALAS BELAJAR untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kita. Ia adalah ASET terpenting kejayaan bisnes kita. 
Kelebihan kita bisnes secara networking  sebegini kita boleh menimba ilmu dengan ramai orang yang berpengalaman dan pihak syarikat juga menyediakan pelbagai program latihan untuk ahlinya.   Apa yang penting anda MESTI Menguasai Ilmu dan Kemahiran bisnes ini.


5. Modal Wang

Tidak dinafikan, untuk memulakan bisnes ini anda perlu mengeluarkan modal.  Bersama TDC anda hanya perlu mengeluarkan modal sekali seumur hidup. Anda dapat 3 kotak , anda minum sekotak dan jual 2 kotak. Anda jual 2 kotak anda dapat RM240.00 anda gunakan RM215.00 untuk membuat repeat order dan anda akan dapat 3 kotak.  Anad berjaya membuat penajaan 3 orang pertama anda sudah berjaya dapat RM120.00
Apa yang penting ialah anda perlu memiliki dan mendapatkan 4 MODAL di atas. Itu modal TERPENTING anda untuk mencipta kejayaan ini.
Apa yang menarik bisnes bersama TDC , MODAL UTAMA telah disediakan oleh syarikat dari segi pengeluaran produk , sistem , kakitangan dan lain lagi. Anda hanya perlu MEMBERI TUMPUAN kepada 4 MODAL DI ATAS SAHAJA.

Apabila anda telah mula menjana pendapatan, anad sudah boleh upgrade pakej anda hasil dari bonus atau pendapatan anda. Anda tidak perlu keluar modal lagi dan bagusnya syarikat TDC ini ialah ia memberikan bonus secara harian. Disini anda tidak akan putus modal kerana anda boleh memanfaatkan bonus harian anda untuk membina bisnes anda.

Ada juga orang mula bisnes ini tanpa wang sebab dia ada modal sosial.  Contoh.. Dia dapat tahu produk ini , dia bercerita kepada ramai kenalan dan cuba untuk jualkan kepada 3 orang dia dan kenalan dia berminat untuk mencuba sekotak. Ada 3 orang nak cuba dan dapat RM360.00.. Gunakan duit orang lain untuk memulakan bisnes kita. Duit kita boleh pinjam dari orang lain tetapi 4 MODAL di atas kita tidak boleh pinjam dari orang lain anda PERLU TOP UP setiap hari modal tersebut.

BERIKAN KOMITMEN untuk Bisnes Anda
PERUNTUKAN MASA untuk Kejayaan Bisnes Andah
TAMBAH KENALAN dan DATABASE Prospek dan Downline anda
BELAJAR untuk MENAMBAH ILMU dan KEMAHIRAN Bisnes anda.

Sediakan MODAL RM320 dan ciptalah PENDAPATAN RM300 SEHARI.

BERUSAHA SEPENUH JIWA

Selamat Maju Jaya Buat Semua

#hairichgroup
#jomc2joy
#fenomenac2joy
#susukolostrum
#dutacemerlang2018

Saturday, 10 March 2018

MASTER DEALER TEAM JOMC2JOY

Alhamdulillah 2 orang dari Team Member JOMC2JOY telah menyahut cabaran menjadi  Master Dealer di tempat masing-masing. Akan lebih ramai lagi akan muncul untuk menjadi usahawan sejati dalam bisnes C2Joy ini. 

Tahniah Kepada Tuan Najmun dan Pak Hamzah serta Tuan Hakim yang masing masing menjadi master Dealer untuk Perlis , Kulai dan Ampang KL ... 

Sama sama kita memberikan sokongan kepada Master Dealer Kita...







KELEBIHAN MENJADI AHLI C2JOY

KELEBIHAN MENJADI AHLI C2JOY

1. Modal permulaan rendah hanya dengan RM320.00 ( 3 kotak C2joy)
2. Keuntungan runcit sehingga 40%
3. Kos penghantaran PERCUMA
4. Flyer dan Beg Woven PERCUMA
5. Belian Ulangan serendah hanya RM215.00 (3 kotak C2Joy)
6. Potensi menjana pendapatan RM30.00 - RM4000.00 sehari
7. Peluang Melancong ke China @ Umrah 2018
8. Peluang Mendapat Reward Bulanan ( cash , emas dll )
9. Peluang Memiliki Sebuah MyVi Tunai ( jualan terbaik setahun )
10. Mendapat latihan dan bimbingan keusahawan dari pihak syarikat
11. Mendapat sokongan dan layanan mesra daripada pihak HQ


TESTIMONI BUASIR


TESTIMONI GOUT



TESTIMONI CYST


TESTIMONI BATU KARANG


PELAN PEMASARAN TDC