Wednesday, 28 August 2019

AMG PROGRAMME

Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang apa itu AMG PROGRAMME.

AMG PROGRAMME maksudnya .. Achieve My Goals Programme . Ia adalah tentang sebuah program yang membantu para ahli memberi fokus kepada matlamat, impian atau target mereka dalam bisnes ini.

Ramai orang yang menjalankan bisnes Networking tanpa ada halutuju dan matlamat yang jelas. Mereka masuk dan buat sekadar masuk dan buat sedangkan mereka mempunyai POTENSI yang besar untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dengan POTENSI DIRI yang mereka ada.

Jesteru Matlamat AMG PROGRAMME ialah untuk Melahirkan ramai ahli yang mempunyai matlamat/impian yang jelas dan mereka mempunyai rangkakerja yang tersusun untuk mencapainya.

Beberapa aktiviti yang akan disusun untuk mereka mengasah ilmu dan kemahiran dibawah AMG PROGRAMME ini dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang. Ini adalah program pembangunan diri untuk menjadikan mereka sebagai seorang usahawan yang berani, berkeyakinan diri, berilmu , berkemahiran dan sentiasa proaktif dalam tindakan.

Saya sedang memantau sekitar 50 orang lebih yang telah saya temui untuk siri 1 AMG PROGRAMME ini dan nampaknya ada antara mereka yang telah memulakan gerak kerja untuk mencpai IMPIAN mereka dan ada yang masih tidak berbuat apa-apa..

Bisnes adalah tentang HASIL. Kita ingin melihat HASIL dan PENCAPAIAN yang mampu dicapai oleh mereka. Berapa pendapatan sebulan yang mereka capai adalah keutamaan AMG PROGRAMME kerana itulah motivasi terkuat seseorang untuk terus mengorak langkah dalam bisnes ini. 

Saya sedang merangka sebuah program sehari untuk AMG Fighter, bagi membentuk jatidiri pejuang dalam usaha mencapai IMPIAN mereka sendiri. Ia adalah program bersifat general sebenarnya namun kita akan menggunakan platform TDC ini sebagai satu proses untuk seseorang berjuang mencapai apa yang mereka targetkan.

Saya meletakkan antaranya seperti mencapai pangkat Platinum Director (PD) , Misi 33 , 66, 99 , 111, 222 , 333 , 666 sebagai satu sasaran mereka mencapai jualan dan pendapatan

Sebagai langkah pertama kita telah membuat CABARAN MENAJA 10 orang sebulan dan pada bulan pertama seramai 7 orang mencapainya.  

Semoga program ini memberi impak positif dan ia menjadi alat untuk menetapkan FOKUS ahli untuk mencapai impian mereka


U ARE THE BEST!