Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang isu yang sering dihadapi oleh rakan yang baru bermula menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Adakala kita dah rasa kita dah buat iklan atau post iklan setiap hari di Facebook (FB) tetapi tiada seorang pun yang berminat nak membeli. Lama kelamaan ia akan membuatkan kita yang sebelum ni semangat berkobar kini kian lemah.
Sedikit perkongsian dari saya bagi menjawab persoalan diatas.
1. ORANG TIDAK TAHU KEWUJUDAN ANDA.
Ini isu utama yang produk anda tidak dibeli orang. Ada yang nak meniaga tetapi tidak memberitahu kewujudan anda malah jiran anda sendiri tidak tahu yang anda adalah seorang usahawan susu c2joy.
Saya mulakan dengan apa yang dimaksudkan PEMASARAN
Secara mudah untuk anda ingat maksud PEMASARAN ialah
'Nak Bagi Orang Nampak'Mudah bukan maksudnya tetapi tidak semudah tindakannya.
Jesteru langkah pertama yang WAJIB anda buat ialah BERITAHU KEWUJUDAN ANDA TENTANG APA YANG SEDANG ANDA NIAGAKAN (PRODUK ANDA) .
Anda mesti buatkan orang nampak atau tahu kewujudan anda bersama produk anda.
Pada peringkat permulaan anda mungkin akan memberitahu orang yang dekat dengan anda. Biasanya ada 2 sumber database kenalan anda.
1. Senarai Nama Kenalan di Telefon Bimbit Anda
2. Senarai Nama Kenalan di Facebook Anda
Dan biasanya anda akan jarang perkenalkan produk anda kepada jiran tetangga anda bukan?
Berapa lama KENALAN di Telefon Bimbit dan Facebook anda boleh manfaatkan. Saya fikir lama lama pun sebulan habislah kenalan anda.
BERUNTUNGNYA jika anda MEMPUNYAI DATABASE PROSPEK SEBELUM INI ..
Inilah BEZA orang yang lebih PANTAS BERJAYA dalam jualan dan penajaan.
Orang yang lebih PANTAS BERJAYA biasanya mereka mempunyai DATABASE PROSPEK yang sangat banyak. Beribu-ribu database yang boleh dmanfaatkan untuk PERKENALKAN DIRI tentang Produk Yang Sedang di Niagakan
Namun jika anda tiada memiliki kekuatan ini tidak mengapa , usaha anda perlu ditingkatkan untuk membina DATABASE PROSPEK yang baru ....
Anda PERLU BERITAHU siapa anda dan apa yang sedang anda lakukan
Anda PERLU buatkan orang lain NAMPAK diri anda atau produk anda
Jesteru MISI PERTAMA ANDA IALAH..
1. BERITAHU SEBERAPA RAMAI YANG BOLEH tentang KEWUJUDAN ANDA
2. MEMBINA DATABASE PROSPEK ANDA
Apa TINDAKAN Yang Boleh Anda Ambil.
1. BERITAHU kepada Kenalan atau 'contact' anda di Telefon Bimbit anda yang anda sekarang sedang Memasarkan Produk Kesihatan Susu C2Joy .......
2. BERITAHU kepada Kenalan atau 'friendlist" di Facebook anda tentang KEWUJUDAN ANDA SEBAGAI USAHAWAN SUSU KOLOSTRUM C2Joy
BERITAHU DAHULU...
Selain Itu Apa yang boleh anda buat..
1. Buat Iklan Berbayar seperti FBads , Google Adwords , dan lain lain lagi
2. Anda juga boleh postkan iklan anda di group FB , join dan postkan
3. Edaran Flyers keribuan orang .. Tapi Kadar Yang Baca 5% - 10% sahaja
4. Iklan di surat Khabar , Majalah dll
5. Bina Networking dengan program sosial ( Perlunya BISNES Card )
6. Kreativiti kita untuk memberitahu KEWUJUDAN anda kepada seberapa ramai orang.
Ada Satu TIPS ISTIMEWA bagaimana ingin PERKENALKAN diri anda secara baik.
Salah satu caranya ialah anda perlu menjadi PEMBERI... Berikan sesuatu secara PERCUMA contohnya PANDUAN PERCUMA , SAMPLE PERCUMA ,
BERTUAHNYA ANDA DALAM BISNES C2JOY ...
Anda hanya perlukan 2-10 orang AGEN yang SANGGUP BUAT SEPERTI ANDA..
Mereka juga akan melakukan proses DUPLIKASI seperti yang anda buat.
2. ORANG DAH TAHU KEWUJUDAN ANDA TAPI MASIH BELUM MAHU MEMBELI
Untuk menjawab persoalan ini , anda sudah beritahu ramai orang dan orang pun dah tahu kewujudan anda dan apa yang sedang anda lakukan tetapi masih tiada yang mahu membeli.
Mari kita lihat kepada apa yang anda sampaikan kepada mereka. Apakah NILAI yang anda sampaikan kepada mereka yang membuatkan mereka membuat keputusan untuk membeli produk anda.
Adakalah anda dah postkan iklan produk anda di Facebook dan sudah ramai yang mula sedar tetapi masih tiada yang ingin membeli.
Kepada jadi begini?
Antara sebabnya ialah kerana orang tidak faham apa yang anda tawarkan.
Apa masalah mereka yang dapat anda selesaikan.
Mungkin penyampaian kita agak teruk , tidak jelas dan tidak menarik.
Langkah Pertama anda sendiri perlu JELAS NILAI
Apa yang sebenarnya anda ingin TAWARKAN dari produk anda...
Jika C2Joy ada 2 Nilai yang jelas
1. Nilai Kesihatan
2. Nilai Kepada Penjanaan Pendapatan
Ada orang hanya FOKUS kepada Nilai Kesihatan bagaimana produk anda dapat membantu mengatasi masalah kesihatan mereka.
Ada orang pula FOKUS kepada peluang menjana pendapatan. Bagaimana produk anda boleh membantu mereka mengatasi masalah kewangan mereka.
Semasa saya memulakan PROMOSI untuk Bisnes C2Joy saya banyak lebih bertumpu kepada NILAI MENJANA PENDAPATAN - Nilai Bisnes...
Ramai yang memberi respon dan membuat keputusan menjadi ahli.. Namun keputusan yang dibuat bergantung kepada kredibiliti diri kita sendiri.
Berikan penerangaan tentang Nilai Produk anda secara Ringkas dan Mudah Faham.
3. ORANG DAH TAHU , ORANG DAH FAHAM TETAPI TAK MEMERLUKAN
Anda dah buat promosi dan memberi kefahaman yang membuatkan orang sangat mudah faham tetapi mereka tidak membeli sebab mereka tidak memerlukan.
Jesteru itu anda perlu tahu GOLONGAN SASARAN anda kepada produk yang anda niagakan. Adakala produk tersebut hanya sesuai kepada mereka yang berumur 40 tahun keatas tetapi anda banyak memberitahu dan memahamkan mereka yang dibawah 35 tahun dan mereka tidak memerlukan lagi produk dan bisnes tersebut. Mungkin ianya kurang sesuai dengan jiwa mereka.
Jesteru itu anda perlu tahu SIAPA GOLONGAN SASARAN ANDA?