Friday, 23 March 2018

INSPIRASI C2JOY


MASTER DEALER KULIM


MASTER DEALER AMPANG


TESTIMONI LUMPUH



CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA



*DUTA CEMERLANG*

5 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Salam Sejahtera , Saya mendoakan usahawan TDC berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Mulakan pagi kita dengan secawan susu kolostrum c2joy dan teruskan menyebar kebaikan susu C2joy kepada sesiapa sahaja. Ingin saya kongsikan 5 ciri-ciri usahawan berjaya

1. MATLAMAT
Ini adalah ciri utama usahawan berjaya. Bukalah mana mana buku motivasi , inspirasi dan kejayaan pasti akan meletakkan pembinaan matlamat sebagai satu tindakan yang mesti dibuat oleh setiap orang yang ingin mencapai kejayaan.

Kita ada matlamat
  • jangka pendek,
  • Jangka sederhana dan
  • Jangka panjang.

Apabila kita menyertai TDC
apakah matlamat kita?

Apabila kita bicara tentang keusahawanan pasti ia :

  • ADALAH TENANG
  • memberi perkhidmatan terbaik ,
  • mencipta sasaran jualan tertinggi ,
  • tmencapai keuntungan banyak,
  • tentang meluaskan rangkaian perniagaan dan
  • tentang berapa banyak pendapatan peribadi

Sasaran Jangka Pendek Mudah untuk setiap usahawan TDC ialah berusaha mencapai pendapatan maksima RM300.00 sehari dengan mencipta:

10 point kiri & 10 point kanan setiap hari.

Selain itu anda boleh tuliskan matlamat jangka panjang atau impian anda. Ia mesti ditulis , di baca , dilihat, digambarkan, disebut ulang dan ditanam dalam tekad usaha kita dan diterjemah dalam tindakan agresif dan pantas kita.

2. KOMITMEN
Apabila kita telah ada matlamat, kita mesti mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapainya. Komitmen adalah suatu tindakan yang kita tiada alasan untuk menolaknya demi mencapai matlamat kita.

Kita mulakan dengan menukar ayat komitmen kita seperti

  • Kita selalu menggunakan ayat :
*Saya Akan Lakukan - TUKAR - Saya MESTI Lakukan*

Kita meletakkan satu keperluan yang kita TIADA KOMPROMI untuk menundanya, untuk mengelaknya apatah lagi untuk meninggalkannya.
Apakah kita berani memberikan KOMITMEN 100% kepada bisnes kita dan kepada rakan bisnes kita? Kita membina pemusatan kuasa Fokus yang tajam untuk kita mencapai matlamat kita.


3. BERANI
Menjalankan bisnes seperti ini , kita memerlukan KEBERANIAN yang tinggi untuk memulakan dan apatah lagi kita akan bakal berdepan dengan banyak penolakan.  Kita perlu BERANI menawarkan peluang ini kepada sesiapa sahaja dengan membina KEYAKINAN diri yang tinggi terhadap diri dan bisnes kita.

*Kita mesti berani*
mengedar flyer atau e-flyer kepada sesiapa sahaja
bercerita tentang produk dan peluang bisnes
merangka program bisnes dan penerangan produk

Kita mesti BERANI melakukan sesuatu yang mungkin kita belum pernah melakukan. KEBERANIAN akan lahir dengan wujudnya rasa PERCAYA dan YAKIN diri yang kuat.

Untuk mengatasi ketakutan ialah melakukan 10 kali perkara yang kita takut tersebut. Lama lama kita akan terbiasa, kita akan suka dan kita akan lebih berani dan berani lagi.

Beranilah Untuk :
Berkongsi informasi dengan sesiapa sahaja
Berani memberi komitmen dengan rakan bisnes anda
Berani keluar dari zon selesa anda
Berani membuat homeparty
Berani membuat Mini BOP
Berani membuat Closing
Berani mengambil tindakan besar besaran

Samaada tindakan kita berjaya atau tidak , itu tidak penting. Apa yang penting ialah anda telah mula mengambil TINDAKAN. Itulah KEJAYAAN hebat anda.


4. TIDAK BERPUTUS ASA
Ketika kita berjuang dan mengambil tindakan untuk mencapai impian dan matlamat kita, pasti kita akan menempuh pelbagai ujian dan cabaran. Tidak kurang juga mungkin kita akan diberikan laluan mudah dalam setiap urusan.
Apa yang penting kita jangan sesekali MENGALAH dan BERPUTUS ASA. Kita mesti berpegang teguh dengan matlamat dan impian kita. 

Setiap ujian yang kita lalui akan membuatkan kita menjadi lebih sabar, lebih tabah dan lebih kuat. Ia adalah satu proses membina kekuatan jiwa dan mental untuk menjadikan kita usahawan yang hebat dan cemerlang.

Kita berusaha selama 2 minggu tetapi tidak berhasil, jangan berputus asa. Kita perlu teruskan dengan mungkin terus mempelajari dari mereka yang telah berjaya , hadir ke program yang di anjurkan TDC, bertemu upline atau pemimpin pasukan anda. Apa yang penting jangan berputus asa.

Jika orang lain boleh melakukan , tiada sebab untuk kita tidak boleh melakukan. Setiap kekurangan kita perlu atasi dengan mengisinya melalui pembelajaran dan pengalaman.


5. KREATIF dan INOVATIF
Dunia keusahawan adalah dunia kreativiti kerana salah satu tugas usahawan adalah berfikir untuk MEMBANTU MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN.

Kita mesti sentiasa menjadi yang teristimewa dari orang lain untuk menarik perhatian orang lain kepada kita. Kita mesti merancang aktiviti dengan pasukan kita. Ada sesi brainstorming untuk menghasilkan bahan promosi , ayat promosi dan cara mempromosi yang lebih kreatif dan berkesan.

Kita juga perlu mengambil ruang untuk membaca, belajar dari orang yang telah berjaya dan sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran orang lain.

Sebab itu jika cara A yang kita lakukan kurang memberi kesan, kita perlu bertukar dan mencari idea dengan cara B. Ingat kembali matlamat anda tadi. Kita mesti pelbagaikan CARA untuk membina rangkaian.

Jangan ada sikap menunggu disuap , menunggu semuanya disediakan. Zaman sekarang terlalu banyak kemudahan didepan mata. Jika kita tidak pandai melakukan sesuatu kita boleh upah orang yang mahir. Banyak juga kursus , seminar dan bengkel pembelajaran untuk seni pemasaran baik online dan offline. Kita mesti menempatkan diri didalam majlis tersebut.

Ada banyak lagi ciri-ciri kejayaan , inshaALLAH akan dikongsikan dari semasa ke semasa ..

JOM KITA SAMA SAMA …

  • Meletakkan Matlamat
  • Teruskan jemputan prospek
  • Memberi penerangan kepada prospek
  • Ajak hadir program TDC
  • Membuat follow up


Apa yang ditulis diatas adalah untuk penghadaman dan peringatan keras buat diri saya. Saya sedar selama ini saya banyak leka dan kurang memberi komitmen. Mari kita sama sama UPGRADE Potensi Diri dan Tindakan Kita ke arah kejayaan cemerlang bersama TDC.

#hairichgroup
#jomc2joy
#fenomenac2joy
#dutacemerlang